Kehidupan peribadi Noor_Neelofa_Mohd_Noor

Gosip cinta antara Neelofa dan pelakon senior Hans Isaac mula bertiup kencang ketika sama-sama berlakon dalam filem arahan Hans, Lemak Kampung Santan.[29] Neelofa dan Hans dikatakan pernah pergi bersama-sama menonton persembahan konsert Alicia Keys di Singapura.[30] Gosip itu semakin panas apabila mereka menjalani penggambaran filem tersebut pada Oktober 2011. Baik Hans mahupun Neelofa, masing-masing tidak memberi sebarang pengesahan yang sahih tentang status hubungan mereka. Hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah. Antara Neelofa dan Hans Isaac mereka sebenarnya sudah tidak punya apa-apa hubungan lagi. Itu yang pasti. Neelofa tampil memberi kenyataan mengatakan hubungan dua tahunnya bersama pelakon, pengarah dan penerbit itu sudah berakhir sejak kira-kira empat bulan lalu.[31]

Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi hip hop, Ariz Ramli atau Caprice dan pernah menjadi model untuk muzik video penyanyi itu.[32]

Neelofa dikatakan pernah bercinta dengan pelakon kacak dan tinggi lampai, Fattah Amin sejak mereka berdua digandingkan bersama dalam drama Suri Hati Mr. Pilot yang mencetus fenomena dengan mencapai rating tertinggi pada setiap minggu. Drama ini turut dikatakan menjadi drama rating tertinggi di Astro.[33]

Bukan itu sahaja, malah keserasian antara Neelofa dan Fattah Amin dalam drama tersebut, telah mencetuskan fenomena Lofattah (yang merupakan hasil gabungan nama Neelofa dan Fattah). Fenomena Lofattah terdiri daripada beratus ribu peminat yang menyokong karier kedua-dua artis pujaan mereka, di samping sentiasa mengharapkan agar mereka bersama.[34]

Di satu sesi Meet & Greet bersama peminat pada Februari, Neelofa dan Fattah Amin tampil dan mengaku bahawa mereka pernah bersama. Namun, perhubungan mereka dikatakan telah pun berakhir dan mereka hanya sekadar kawan sahaja. Neelofa dan Fattah Amin bakal digandingkan bersama dalam telefilem Suri Hati Mr Pilot Raya arahan Michael Ang dan Hadith Omar dan telah disiarkan di kaca televisyen pada Hari Raya 2016.[35]

Pada April 2018, dalam episod rancangan MeleTOP kendaliannya, Neelofa mendedahkan beliau pernah tinggal berjiran dengan bomoh terkenal Mona Fandey semasa zaman kanak-kanaknya. Beliau dipetik sebagai berkata: “Rumahnya di Kelantan dekat dengan rumah keluarga saya. Saya ingat lagi yang keluarga kami pernah makan bersama keluarganya, malah turut mengambil gambar bersama-sama".[36][37][38] Dalam temuramah bersama Astro Awani, Neelofa mendedahkan beliau dibuli hampir setiap hari di media sosial dan perkara itu turut berlaku kepada ahli keluarganya.[39]

Datuk beliau, Noor Mohamed Mohammad Din meninggal dunia pada 20 November 2018 pada usia 83 tahun, namun tidak diketahui sebab kematian.[40] Beliau ialah sepupu kepada cef selebriti, Adam Didam yang meninggal dunia pada 19 Mei 2019.[41]

Rujukan

WikiPedia: Noor_Neelofa_Mohd_Noor http://www.agendadaily.com/Hiburan/neelofa-terbit-... http://english.astroawani.com/malaysia-news/neelof... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hampir-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-u... http://www.dailyseni.com/v4/neelofa-continues-swee... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm4871549/ http://izyan.com/2013/12/saya-dengan-caprice-meman... http://malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/676... http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile...